Portal Rasmi MAMPU

Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman MyGoverment
W3C Disability Accessibility
Arkib elektronik Online E-Participation
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Procument Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Pelan Strategik MAMPU 2021-2025

SESI PERKONGSIAN PENGETAHUAN PEMBANGUNAN PUSAT DATA DENGAN TELEKOM MALAYSIA

SESI PERKONGSIAN PENGETAHUAN PEMBANGUNAN PUSAT DATA DENGAN TELEKOM MALAYSIA

Tarikh                             : 26 Oktober 2017

Masa                               : 10.30 pagi – 1.00 petang

Tempat                        : MAMPU Cyberjaya

Kerjasama Industri  : Telekom Malaysia Sdn. Bhd. dan GiTN Sdn. Bhd.

Kerjasama Agensi    : MAMPU JPM

Peserta                        : Pegawai MAMPU yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan Pusat Data Sektor Awam (PDSA)

LATAR BELAKANG

MAMPU telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan konsolidasi pusat data agensi dalam Sektor Awam di bawah insitiatif Rancangan Malaysia Ke-10. Sehingga tahun 2017, MAMPU telah membangun dan melaksanakan empat (4) buah Pusat Data Sektor Awam (PDSA) masing-masing terletak di Putrajaya, Cyberjaya, Bandar Enstek dan Kulim, Kedah.

Bagi menampung kapasiti semasa serta keperluan akan datang perkhidmatan ICT agensi sektor awam, MAMPU dalam tindakan mencari peluang dan ruang penambahbaikan terutamanya daripada aspek penyediaan sumber.

Telekom Malaysia Sdn. Bhd. yang merupakan penyedia utama perkhidmatan rangkaian Kerajaan dan komersial juga dalam masa yang sama, sedang dalam fasa membangunkan perkhidmatan pusat data komersialnya yang terletak di Iskandar Puteri, Johor dan Cyberjaya, Selangor. Pusat data yang dibangunkan dengan spesifikasi Tier-4 ready (fasiliti lengkap daripada faktor elektrikal, mekanikal, sivil dan telekomunikasi) adalah amat baik untuk dilihat sebagai rujukan ataupun platform integrasi oleh Kerajaan.

OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk:

1. Mewujudkan jalinan kerjasama strategik antara Sektor Awam dengan organisasi luar;

2. Meningkatkan pengetahuan teknologi dan pendedahan kepada trend semasa dalam pembinaan dan pembangunan pusat data yang ada di
    pasaran; dan

3. Menjadi platform untuk mengkaji strategi dalam penyelesaian isu-isu semasa dalam pengurusan pusat data.

IMPAK

Impak program ini adalah:

1. Meningkatkan kualiti kerja kakitangan dalam pengurusan pusat data seterusnya memperbaiki perkembangan profesionalisme di kalangan
    personel yang terlibat;

2. Meningkatkan pengetahuan dan pendedahan kepada senario dan trend teknologi terkini; dan

3. Merangsang pembangunan inovasi dengan mengambil kira pemanfaatan teknologi baharu.

Dikemas kini pada 01.07.2019

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     234
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL
codemobile
APLIKASI MOBIL
gammacode

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 361
Jumlah pelawat: 1144246
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar

SPOT-ME Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA Number of Online Services Dasar Polisi
Freedom of Information
Dasar Privasi