Tarikh : 5 Mac 2018 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Bilik Bankuet, Aras 6, MAMPU Cyberjaya
Kerjasama Industri : Red Hat (M) Sdn. Bhd.
Kerjasama Agensi : Melibatkan bahagian dalaman MAMPU iaitu Bahagian Perundingan ICT (BPI).
Peserta : 34 orang peserta yang terdiri daripada pegawai MAMPU dan agensi Sektor Awam.
URL berkaitan : Tidak berkaitan
Latar belakang
MAMPU telah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan dan menguruskan MyGDX sebagai hub perkongsian maklumat bagi Sektor Awam. Penyediaan MyGDX membolehkan semua Agensi Sektor Awam berkongsi data melalui satu platform yang sistematik, selamat dan berintegriti. Ia juga menjimatkan kos pembangunan dan penyenggaraan servis integrasi antara Agensi.
Bagi memastikan MyGDX memberi nilai tambah kepada penyampaian perkhidmatan digital Kerajaan dan dioptimumkan penggunaanya oleh Agensi Sektor Awam, MAMPU bertanggungjawab mewujudkan kesedaran dan mempromosikan penggunaan MyGDX kepada Agensi Sektor Awam.
Red Hat (M) Sdn. Bhd. selaku salah satu syarikat yang menyediakan solusi integrasi data yang terkemuka turut terlibat dalam projek pembangunan MyGDX. Oleh yang demikian, melalui sesi ini pihak Red Hat akan berkongsi solusi dan peluang kolaborasi yang ada bagi memanfaatkan penggunaan MyGDX sebagai hub perkongsian maklumat Kerajaan.
Objektif
Objektif program ini adalah untuk berkongsi idea kepada peserta mengenai solusi yang boleh dilaksanakan bagi mengoptimumkan (leveraging) penggunaan platform MyGDX sebagai Hub Perkongsian Maklumat Kerajaan ke arah menyokong inisiatif-inisiatif ICT Sektor Awam dan juga memberikan pendedahan mengenai perkara seperti berikut :
a) How Red Hat can Value Add “Real Time Data Integration Services” to Government Open Data Initiative;
b) Enterprise Automation with Ansible; dan
c) Effective Operations Management with Red Hat Management solution in Supporting Government Digital Workplace.
Impak
Impak program ini adalah:
(a) merangsang pembangunan inovasi dengan mengambil kira pemanfaatan teknologi baharu menggunakan infrastruktur dan platform yang disediakan Kerajaan;
(b) meningkatkan pengetahuan dan pendedahan kepada senario dan trend teknologi ICT terkini; dan
(c) mewujudkan kesedaran akan pelaksanaan MyGDX dalam Sektor Awam.
Dikemas kini pada 01.07.2019