Portal Rasmi MAMPU

Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman MyGoverment
W3C Disability Accessibility
Arkib elektronik Online E-Participation
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Procument Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Pelan Strategik MAMPU 2021-2025
Sesi Showcase Produk DRSA 2.0

SESI SHOWCASE

PRODUK DATA RAYA SEKTOR AWAM (DRSA) 2.0 |

PUTRAJAYA, 10 November 2021 – Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri terus komited untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam pelaksanaan Kerajaan Digital dengan menerajui Projek Perkhidmatan Analitis Data Raya Sektor Awam (DRSA) 2.0 bermula dari 2 Januari 2020 sehingga 2 Julai 2022. Antara skop utama projek adalah pembangunan 12 produk data oleh syarikat dan pembangunan 10 produk data secara coaching yang melibatkan 17 kementerian/agensi. Kesemua 22 produk data ini telah selesai dibangunkan.

MAMPU telah menganjurkan satu Sesi Showcase Produk Data Raya Sektor Awam (DRSA) 2.0 yang telah dihasilkan tersebut untuk saling berkongsi pengetahuan, pengalaman dan melihat potensi produk data ini dikembangkan pada masa hadapan. Antara objektif sesi pembentangan ini adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman berkaitan data raya, menggalakkan agensi untuk melaksanakan analitis data raya di samping mengenal pasti dan menyediakan kes bisnes, menggalakkan perkongsian data bagi pembangunan produk data di agensi atau merentas agensi dan meningkatkan pengetahuan mengenai nilai data dan kepentingan analitis data raya dalam membantu perancangan, penggubalan dasar dan pembuatan keputusan yang tepat dan berkesan. Sesi showcase ini melibatkan aktiviti pembentangan dan pameran dikalangan kementerian/agensi yang terlibat. Tarikh pelaksanaan adalah pada 10 November 2021 (Rabu), 8.30 pagi sehingga 5.30 petang bertempat di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Bahan showcase semasa sesi tersebut boleh dicapai melalui pautan berikut:

Poster – https://drive.google.com/drive/folders/1fbBpQ93b2bMwpcJfcptHY3HluNTsw3jv

Video – https://drive.google.com/drive/folders/1ZesTZYEUSZjQMuG3NzbaIHKYkjbSkWqD

Sebarang maklumat lanjut berkaitan dengan program ini sila hubungi

Seksyen Data Raya
Bahagian Kerajaan Digital, MAMPU

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     272
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL
codemobile
APLIKASI MOBIL
gammacode

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 903
Jumlah pelawat tahun semasa: 604389
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar

SPOT-ME Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA Number of Online Services Dasar Polisi
Freedom of Information
Dasar Privasi