HEBAHAN SURAT PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2021: PELAKSANAAN MODUL DATA PERJAWATAN – SUBMODUL myPortfolio DALAM SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HRMIS)
Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri telah menerbitkan Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2021: Pelaksanaan Modul Data Perjawatan – Submodul myPortfolio Dalam Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS).
3. Untuk makluman YBhg. Datuk Seri Dr./ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan, SPKPA ini bertujuan untuk memberi panduan kepada agensi Kerajaan berhubung dengan pelaksanaan Modul Data Perjawatan – Submodul myPortfolio dalam Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia Bilangan 12 Tahun 2005 (PP Bil. 12 Tahun 2005) dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 4 Tahun 2018 – myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam (PKPA Bil. 4 Tahun 2018). Justeru, pekeliling ini juga telah boleh dimuat turun melalui pautan seperti berikut:
Kerjasama dan perhatian daripada YBhg. Datuk Seri Dr./ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan mengenai perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.