URUSAN PERTIMBANGAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F44, F48, F52 DAN F54 YANG TELAH MEMANGKU MULAI 1 OKTOBER 2019 HINGGA 31 DISEMBER 2019; DAN SEBELUM

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, Bahagian KhidmatPengurusan, MAMPU sedang menyelaras urusan pertimbangan kenaikan pangkat Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) ke Gred F44, F48, F52 dan F54 yang telah memangku mulai 1 Oktober 2019 hingga 31 Disember 2019 dan sebelum. Sehubungan dengan itu, pihak urus setia memohon jasa baik pihak tuan/ puan untuk mengisi dokumen-dokumen di bawah bagi melengkapkan urusan kenaikan pangkat berkenaan:

i) Lampiran I (Senarai Semak), Lampiran A (Borang Maklumat Perkhidmatan Pegawai), Lampiran B (Borang Perakuan Ketua Jabatan), Lampiran C (Surat Akuan Pinjaman Pendidikan) dan Lampiran D (Borang Maklumat Tatatertib) seperti yang dilampirkan;
ii) Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Tahun 2018, 2019 dan 2020;
iii) Salinan Surat Pengisytiharan Harta;
iv) Salinan Keputusan Tapisan Keutuhan SPRM; dan
v) Salinan Kenyataan Buku Perkhidmatan yang mengandungi maklumat:
  a) Tarikh Pengesahan Lantikan;
  b) Tarikh Pengesahan dalam Perkhidmatan;
  c) Tarikh Kenaikan Pangkat Terakhir;
  d) Tarikh pegawai melapor diri untuk pemangkuan (termasuk catatan penangguhan jika ada);
  e) Cuti Tanpa Gaji dan Cuti Separuh Gaji;
  f) Rekod tidak hadir bertugas tanpa kebenaran/ lucut hak emolumen;
  g) Rekod Cuti Belajar yang diluluskan; dan
  h) Maklumat Tatatertib.

3.       Kerjasama pihak tuan/ puan juga adalah dimohon untuk menyelaras urusan kenaikan pangkat ini dan mengemukakan dokumen lengkap kepada Bahagian Khidmat Pengurusan, MAMPU sebelum atau pada 2 Februari 2021 (Selasa) ke alamat berikut:

Ketua Pengarah
Unit PemodenanTadbiran dan 
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Bahagian Khidmat Pengurusan
Aras 3, Setia Perdana 2, Kompleks Setia Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p.:  Urus Setia Naik Pangkat Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat)
 

 4.        Sebarang pertanyaan berhubung urusan pertimbangan kenaikan pangkat ini boleh dikemukakan terus kepada pegawai-pegawai berikut:

Bil.Nama PegawaiNo. TelefonEmel
1.Encik Mohd Asrul bin Ismail03-88723071asrul@mampu.gov.my
2.Puan Nor Adalina binti Hamdan03-88723133adalina@mampu.gov.my

Atas perhatian dan kerjasama tuan/ puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
URUS SETIA NAIK PANGKAT SKIM PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT
Seksyen Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
MAMPU,Jabatan Perdana Menteri

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     84
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL
codemobile
APLIKASI MOBIL
gammacode

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 266
Jumlah pelawat: 531119
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar