JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT) MAMPU
JPICT MAMPU berperanan untuk menyelaras dan memantau urusan pengoperasian pelaksanaan projek ICT MAMPU berdasarkan Pelan Strategik ICT (ISP) MAMPU.
Semua bahagian di MAMPU dikehendaki mengemukakan cadangan projek ICT kepada JPICT MAMPU bagi mendapatkan kelulusan teknikal sebelum dilaksanakan.
TUJUAN
Untuk memastikan bahawa perancangan dan pelaksanaan program ICT MAMPU dijalankan selaras dengan dasar ICT kerajaan.
JADUAL PERANCANGAN MESYUARAT JPICT MAMPU BAGI TAHUN 2022
BIL. | PERKARA | TARIKH MESYUARAT | TARIKH AKHIR PENGHANTARAN KERTAS PERMOHONAN |
1. | Mesyuarat JPICT MAMPU Bilangan 1 Tahun 2022 | 10 Februari 2022 | 10 Januari 2022 |
2. | Mesyuarat JPICT MAMPU Bilangan 2 Tahun 2022 | 14 April 2022 | 14 Mac 2022 |
3. | Mesyuarat JPICT MAMPU Bilangan 3 Tahun 2022 | 25 Ogos 2022 | 25 Julai 2022 |
4. | Mesyuarat JPICT MAMPU Bilangan 4 Tahun 2022 | 24 November 2022 | 24 Oktober 2022 |
FORMAT KERTAS PERMOHONAN KELULUSAN TEKNIKAL PROJEK ICT
>>Templat Slaid Permohonan JPICT MAMPU 2022
>>Templat Slaid Permohonan JPICT MAMPU 2022 (Sewaan Peralatan ICT Sahaja)
>>Templat Slaid Permohonan JPICT MAMPU 2022 (Perundingan Outsourcing)
PELAKSANAAN
Permohonan boleh dikemukakan melalui e-mel kepada urussetiajpict@mampu.gov.my dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut:
i. Kertas Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT;
ii. Pengesahan Kelulusan Peruntukan Projek daripada BKP; dan
iii.Pengesahan permohonan oleh Pengarah Bahagian (Lampiran A);
Semua permohonan perolehan ICT perlu dikemukakan melalui Sistem Aplikasi Profil Projek ICT Sektor Awam (PROFIT) di alamat http://profit.mampu.gov.my/
MAKLUMAT LANJUT
Urus Setia JPICT MAMPU,
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. Puan Rohayati binti Ramli, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Aplikasi)
Nombor Telefon : 603-887 23180
Nombor Faks : 603-8318 2162