Mesyuarat Pengurusan Kanan MAMPU (MPKM) merupakan mesyuarat utama MAMPU yang diadakan secara bulanan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah MAMPU dan dihadiri oleh kedua-dua Timbalan Ketua Pengarah MAMPU, Pengarah-Pengarah Bahagian, Pakar Perunding TMK, Perunding ICT, Ketua-Ketua Unit, Pegawai Perhubungan Awam dan Pustakawan.
MPKM merupakan medium komunikasi antara Pengurusan Tertinggi MAMPU bersama Pengurusan Atasan MAMPU. Selain berbincang mengenai penyelesaian kepada segala permasalahan dalam pelaksanaan tugas, agenda MPKM turut membincangkan idea-idea baharu/ inovatif dalam aspek penambahbaikan penyampaian perkhidmatan awam melalui pembentangan kertas cadangan dan kertas makluman.
Softcopy kertas cadangan dan kertas makluman yang hendak dibentangkan dalam MPKM perlu dikemukakan kepada urus setia sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum mesyuarat berlangsung.
TAKWIM MESYUARAT MPKM BAGI TAHUN 2022
Sebarang perubahan tarikh mesyuarat tertakluk kepada arahan Pengurusan Tertinggi MAMPU.
Bil. | Cadangan Tarikh dan Masa |
1. | 20 Januari 2022 , 9.00 pagi |
2. | 16 Februari 2022, 9.00 pagi |
3. | 16 Mac 2022, 9.00 pagi |
4. | 20 April 2022, 9.00 pagi |
5. | 18 Mei 2022, 9.00 pagi |
6. | 15 Jun 2022, 9.00 pagi |
7. | 20 Julai 2022, 9.00 pagi |
8. | 17 Ogos 2022, 9.00 pagi |
9. | 21 September 2022, 9.00 pagi |
10. | 19 Oktober 2022, 9.00 pagi |
11. | 16 November 2022, 9.00 pagi |
12. | 15 Disember 2022, 9.00 pagi |
Maklumat Lanjut:
Unit Penyelarasan dan Keurusetiaan
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 2, Setia Perdana 2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
Nombor Telefon: 603-8872 6309/23132
Nombor Faks: 603-8888 3566