Mesyuarat Pengurusan MAMPU (MPM)

Mesyuarat Pengurusan MAMPU (MPM)

Mesyuarat Pengurusan MAMPU (MPM) merupakan mesyuarat utama MAMPU yang diadakan secara bulanan.  Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah MAMPU dan dihadiri oleh ahli-ahli MPKM dan Timbalan-Timbalan Pengarah Bahagian.

MPM menyediakan platform untuk membincangkan idea-idea baharu/ inovatif dalam aspek penambahbaikan penyampaian perkhidmatan awam melalui pembentangan kertas cadangan dan kertas makluman.

Selain itu, Laporan Umum seperti Perkhidmatan dan Perjawatan, Latihan, Kewangan, Aduan dan Lawatan Dalam dan Luar Negara turut dilaporkan dalam MPM. Mesyuarat ini juga  berfungsi sebagai satu ruangan perkongsian ilmu dengan sesi “Ulasan Buku” oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah Bahagian.

Softcopy kertas cadangan, kertas makluman, Laporan Umum dan slaid “Ulasan Buku” yang hendak dibentangkan dalam MPM perlu dikemukakan kepada urus setia sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum mesyuarat berlangsung.

Maklumat Lanjut

Unit Penyelarasan dan Keurusetiaan
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 2, Blok B2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

Nombor Telefon: 603-8872 7462/ 7431/ 3135
Nombor Faks: 603-8888 3566

TAKWIM MESYUARAT MPM BAGI TAHUN 2020

Sebarang perubahan tarikh mesyuarat tertakluk kepada arahan Pengurusan Tertinggi MAMPU.

Muat turun Takwim MPM 2020

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     715
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL

APLIKASI MOBIL

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 478
Jumlah pelawat: 106783
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU